Basic To Use DSLR


Mempelajari fotografi, pada pandangan saya sewajarnya begini : (walaubagaimanapun tidak harus tertakluk dan rigid, perlu ada fleksibliti)
1. Pelajari bagaimana mendapatkan exposure seimbang dahulu. Kemahiran ISO, shutter dan aperture perlu dimahirkan seberapa boleh.

2. Pelajari asas-asas komposisi seperti framing, placement, warna, white balance, perspective, fahami lens dan bagaimana ia mempengaruhi komposisi. Fahami juga DOF, slow shutter technique dsb.

3. Kenali cahaya, kesan arah cahaya kepada subjek, fahami juga apa dia bentuk, sifat, tekstur pada permukaan, corak berulang (pattern) dan juga fahami tone dan kenali contrast.

4. fahami penggunaan cahaya natural/artificial untuk mendapatkan kesan cahaya seperti backlighting, sidelighting dan frontal lighting. Kenali kesannya kepada bentuk subjek.

5. Pelajari lebih dalam tentang lighting, cthnya apa kesan sesuatu lighting pada permukaan yang berlainan, sbg contoh kesan cahaya pada botol kaca berbeza dengan wajah manusia.

6. Pelajari teknik-teknik dan dapatkan pengalaman dalam bidang fotografi yang sangat spesifik, sebagai contoh, untuk wedding fotografi bolehlah merujuk kepada jurugambar wedding yang berpengalaman luas. Biasanya dengan mempelajari dari jurugambar yang baru-baru berjinak dengan dunia fotografi, anda mungkin akan dapat maklumat2 yang hanya terhad kepada pengalaman singkat beliau. Bagaimanapun ini tidak bermakna jurugambar yang baru tidak berbaloi untuk diteliti tekniknya, kadangkala ada jurugambar baru yang muncul membawa teknik yang berbeza dan sangat menarik. perlu ada keseimbangan bila memilih “sifoo” untuk belajar. Satu orang saja tidak mempunyai semua kepandaian dalam dirinya. Anda perlu mendengar dari ramai orang dan banyakkan membaca.


__________________________________________________________________________________

Nie adalah apa yang aku research selama nie , dan aku hanya mempelajari dan m'practic kn sahaja agar aku lebih paham tentang penggunaan DSLR .jadi aku harap korang pun akan sama dapat mempelajari dari apa yang aku post nie ok :)

BASIC SAHAJA !

Aperture




1. Aperture merujuk kepada BUKAAN
2. Lebih besar aperture, lebih banyak cahaya masuk kedalam kamera
3. Lebih besar aperture, masa yang diperlukan untuk cahaya masuk kedalam kamera akanberkurangan.
4. Lebih kecil aperture, masa yang diperlukan untuk cahaya masuk kedalam kamera akan menjadilebih lama
5. Lebih besar aperture, Depth of field akan menjadi lebih nipis
6. Lebih kecil aperture, Depth of field akan menjadi lebih tebal




Dari f16  ke f11, bermakna sekali ganda cahaya masuk kedalam kamera. Dipanggil +1 stop.




Berikut adalah turutan f-stop
1.0, 1.4, 2.0, 2.8, 4.0, 5.6, 8.0, 11, 16, 22, 32


Tips Memilih ISO yang sesuai
ISO adalah sensitivity rating untuk sensor cahaya yang berada didalam kamera anda. Selalunya didatangkan dengan nilai :
32, 50, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600 dsb. Pro camera mungkin menunjukkan nilai 320, 640 dsb
Berikut adalah table cadangan penggunaan ISO mengikut kesesuaian keadaan cahaya
ISO
Indoor
Outdoor
100
Tidak sesuai. Gunakan flash yang kuat sekiranya anda pilih ISO ini. Sekiranya anda tidak mahu gunakan flash, cuba gunakan aperture f1.8 atau gunakan shutter speed perlahan.
Sangat sesuai untuk studio fotografi.
Sesuai bila cahaya sangat cerah. Terutamanya tengah hari terik.
200
Tidak sesuai. Gunakan flash yang kuat sekiranya anda pilih ISO ini. Sekiranya anda tidak mahu gunakan flash, cuba gunakan aperture f1.8 atau gunakan shutter speed perlahan.
Sesuai bila cahaya sangat cerah. Terutamanya tengah hari terik ataupun sewaktu mendung yang nipis.
400
Sesuai apabila digandingkan dengan flash, atau bukaan aperture yang besar.
Sesuai bila mendung tebal atau dibawah bumbung dan cahaya matahari terhalang.
800
Sangat  Sesuai. Anda mungkin boleh boleh menggunakan aperture seperti f2.8. Sekiranya tidak cukup terang, gunakan flash dengan dipantul ke siling.
Sesetengah kamera mungkin mula menunjukkan noise.
Sesuai apabila matahari mulai terbenam atau dibawah lindungan bumbung yang besar seperti di dalam gelanggang futsal yang tidak berdinding.
Sesetengah kamera mungkin mula menunjukkan noise.
1600
Sesuai. Anda boleh gunakan aperture medium seperti f4. Hanya gunakan flash apabila terlalu dim.
Apabila menjelang malam, gunakan ISO ini.
3200
Sesuai. Noise mungkin agak tinggi. Anda mungkin boleh menggunakan aperture f5.6
Tidak sesuai waktu siang. Gunakan waktu malam bila terlalu gelap dan tiada flash.
Tips gambar lebih sharp : Focus Lock

Kaedah Mengfokus
Titik focus didalam kamera membenarkan anda mengawal dimana anda ingin focus didalam gambar. Tujuan kita memfokus adalah untuk mendapatkan imej atau subjek yang cukup tajam dan jelas di dalam imej.Sebenarnya, sesebuah lens cuma boleh memfokus pada satu kawasan sahaja di dalam imej. Jadi cuma satu paras saja yang akan kelihatan tajam. Selebihnya dibahagian depan dan belakang titik focus ini akan kelihatan kabur (out of focus).
Teknik fokus dalam kamera adalah mudah saja
1. Tekan butang pelepas shutter separuh
Apabila anda menekan butang pelepas shutter separuh, kamera akan mengfokuskan lensa kepada subjek.
2. Lihat titik fokus dalam viewfinder.
Apabila operasi fokus telah selesai, titik fokus yang dipilih akan berkelip seketika, dan kamera akan berbunyi beep. Penunjuk subjek berada dalam fokus akan kelihatan dalam viewfinder.
Apabila butang pelepas shutter ditekan separuh, viewfinder akan memaparkan jumlah exposure yang boleh dirakam kedalam buffer memori.
Dalam waktu ini juga fokus akan dikunci kepada subjek sepanjang anda menekan butang pelepas shutter.
3. Susun semula komposisi anda (RECOMPOSE)
Sepanjang anda menekan separuh butang pelepas shutter, lensa akan tetap berada dalam fokus kepada subjek . Walaupun anda menukar komposisi dan subjek tidak lagi berada atas titik fokus, lensa tetap tidak akan mengubah fokus.
4. Tekan butang pelepas shutter sepenuhnya

SHUTTER SPEED





Shutter Speed, merupakan kecepatan terbuka dan tertutupnya tirai. Kecepatan ini yang nantinya akan menentukan seberapa banyak sinar yang ditangkap. Berikut kecepatan Shutter speed yang terdapat pada sebuah kamera DSLR.


•    Bulb – artinya kecepatan terbuka dan tertutupnya tirai di tentukan sendiri oleh klik telunjuk kita pada shutter release. Sehingga bulb ini dapat menjadi alternative ketika kita tidak menemukan shutter speed yang disediakan oleh DSLR. Namun menggunakan bulb terkadang membutuhkan naluri yang kuat.
•    Slow Speed, adalah kategori kecepatan rendah dalam Shutter speed. Angkanya adalah mulai dari lebih dari 2 detik hingga seper tiga puluh detik (1/30s). Slow Speed biasanya digunakan pada saat kondisi objek, foreground maupun background minim cahaya. Namun ada resiko yang harus dibayar ketika menggunakan slow speed, penggunaan objek slow speed sebaiknya tidak pada objek bergerak dan untuk hasil maksimal, wajib menggunakan tripod / penopang sehingga gambar tidak shake / goyang. Namun beberapa fotografer justru memanfaat slow speed untuk menghasilkan sebuah foto yang bernilai seni tinggi, semisal digunakan untuk teknik panning pada sebuah kendaraan ataupun digunakan untuk membidik aliran sungai sehingga menghasilkan aliran sungai yang lembut bagaikan salju. Atau juga digunakan untuk menghasilkan sebuah laser / trail light dimalam hari. Ini salah satu gambr ketika saya menggunakan teknik slow speed di malam hari.

•    Fast Speed, merupakan kategori kecepatan tinggi dalam Shutter Speed. Angkanya dimulai dari seper empat puluh detik (1/40s) hingga lebih dari seper seribu detik (1/1000s). Fast Speed biasanya digunakan untuk objek dengan kondisi penuh cahaya dan berkecepatan tinggi, sehingga tidak diperlukan sesuatu untuk menopang kamera. Fast Speed sangat cocok digukanan untuk membekukan sesuatu, seperti lebah yang sedang terbang kesana kemari, seorang pembalap motor dengan kecepatan tinggi bahkan, ada kamera yang khusus diciptakan untuk menerapkan Fast Speed sehingga dapat membekukan sebuah peluru yang sedang melesat.
Demikian pembahasan pertama tentang shutter speed sebagai langkah awal untuk dapat menguasai Kamera DSLR. Selamat mencoba.


__________________________________________________________________________________